fbpx

Beberapa kawasan di Seremban alami banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM memantau paras air Sungai Linggi di Kuala Sawah, Rantau dekat sini petang tadi.

SEREMBAN – Beberapa kawasan di daerah ini mengalami banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Pegawai Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban, Mohd. Najib Abdul Karim berkata, bagaimanapun, masih belum ada berlaku sebarang limpahan air dari mana-mana sungai di daerah ini.

“Tinjauan anggota APM mendapati terdapat lokasi yang dinaiki air iaitu di Kampung Anak Air Garam, di Mambau namun masih terkawal dan air hanya sampai di buku lali sahaja.

“Setakat ini, kami belum menerima mana-mana maklumat daripada orang awam mengenai banjir jika hujan turun berterusan pihak APM akan ambil tindakan segera. Lima anggota APM memantau pergerakan air sungai di Kuala Sawah, Rantau yang dipercayai berada di paras tinggi namun ia masih terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Najib turut memaklumkan, bacaan hujan yang diperoleh seperti di Stesen Kampung Jimah, Port Dickson berada pada paras 50 milimeter pada pukul 4.13 petang manakala di Stesen Hujan Kampung Mantau taburan hujan berada pada paras 64 milimeter pada pukul 4.26 petang.

“Di Seremban 2, kami mendapati bacaan hujan berada pada paras 70 milimeter pada pukul 4.25 petang manakala, di Stor Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) berada pada paras 42 milimeter pada pukul 4.30 petang.,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI