fbpx

Lebih 5 juta pelancong disasar lawat PD pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Lebih lima juta pelancong disasar melawat ke daerah ini bersempena Tahun Melawat Port Dickson pada tahun 2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sasaran itu adalah berdasarkan trend kedatangan pelancong ke pantai-pantai peranginan di daerah ini yang semakin meningkat terutama selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Kerajaan negeri meletakkan sasaran ini dan pastinya (perkembangan terkini) sebagai satu tanda yang amat baik dalam industri pelancongan.

“Alhamdullilah, malah kita juga lihat ada satu hotel baharu yang beroperasi di sini dan berharap ia juga dapat memulihkan kembali sektor ini selepas penularan wabak Covid-19,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Tema Air Ehsan Waterpark Port Dickson dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, selain daerah Port Dickson, beberapa daerah lain seperti Kuala Pilah, Seremban, Jempol, Rembau, Jelebu juga akan dijadikan kawasan tarikan pelancong.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI