fbpx

Lima maut, bangunan 10 tingkat runtuh di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat dan orang ramai berkumpul di lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan. - AFP

KAHERAH – Lima orang terkorban  dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bangunan di daerah Gesr Suez di ibu kota Mesir, Kaherah runtuh hari ini.

Pejabat Gabenor Kaherah dalam satu kenyataan berkata, insiden  melibatkan sebuah bangunan  yang terdiri daripada ruang bawah tanah, tingkat bawah dan sembilan tingkat atas.

“Bilik krisis kerajaan menerima maklumat kejadian pada pukul 3 pagi (waktu tempatan). Seramai lima orang disahkan terkorban, manakala 24 orang cedera dalam kejadian  itu.

“Gabenor Kaherah, Khaled Abdel Aal telah pergi ke lokasi kejadian diiringi pasukan perlindungan sivil,” kata kenyataan itu.

Beliau turut mengarahkan supaya satu jawatankuasa teknikal dibentuk untuk memeriksa bangunan di kawasan  sekitarnya dan menilai impak akibat runtuhan itu.

Mesir mengalami  banyak insiden bangunan  runtuh yang meragut nyawa manusia sejak beberapa tahun lalu yang antara lain berpunca daripada kerosakan  premis dan tidak mematuhi peraturan pembinaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI