fbpx

WST 2040 pastikan jaminan air negara -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan khas sempena Hari Air Sedunia 2021 peringkat kebangsaan bertemakan 'Menghargai Air' hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan jaminan air kepada semua rakyat di negara ini pada masa hadapan di bawah Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi WST 2040, sektor air dijadikan sebagai sektor ekonomi utama dalam menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.

“Sektor air akan ditransformasi daripada sektor sokongan kepada enjin penggerak yang dinamik menerusi WST 2040. Ia akan menjadikan satu sektor yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara merangkumi pertumbuhan sosial dan alam sekitar negara.

“Bagi kerajaan, sektor air negara adalah sektor yang mampu berdaya maju setanding dengan sektor tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan khas sempena Hari Air Sedunia 2021 peringkat kebangsaan bertemakan ‘Menghargai Air’ hari ini.

Muhyiddin berkata, secara teori, Malaysia mempunyai sumber air yang cukup dengan simpanan air bawah tanah yang banyak iaitu kira-kira 5 trilion meter padu.

Katanya, Malaysia juga menerima taburan hujan secara purata sebanyak 971 bilion meter padu setahun.

“Bagaimanapun, sumber yang banyak ini perlu diurus dengan baik dan berhemah untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden keputusan bekalan air ataupun pencemaran terhadap bekalan air untuk kegunaan seharian kita,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI