fbpx

Finalis Belia Komanwel penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Ainie (tiga dari kiri) berbual mesra dengan Sababathy (dua dari kiri) dan penerima anugerah lain pada majlis Konvokesyen UMT ke-18 di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Finalis Anugerah Belia Komanwel 2021, Mogesh Sababathy, 24, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-18 hari ini.

Sababathy yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) menerima anugerah itu selepas cemerlang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif, 3.86.

Beliau sebelum ini tercalon sebagai finalis Anugerah Belia Komanwel 2021 menerusi Ocean Hope Project yang merupakan projek kesedaran konservasi laut.

“Anugerah Pelajaran Diraja UMT ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus memperjuangkan isu alam sekitar.

“Saya akan terus memberi sumbangan meningkatkan kesedaraan tentang konservasi laut yang telah dirintis menerusi
Ocean Hope Project,” katanya selepas menerima anugerah tersebut pada majlis Konvokesyen UMT ke-18 di sini hari ini.

Majlis konvokesyen yang pertama kali diadakan secara hibrid itu dirasmikan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah secara persidangan video.

Sababathy berkata, beliau tekad untuk meneruskan Ocean Hope Project yang diasaskan bersama teman kuliahnya selepas ini walaupun sudah menamatkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.

Ujarnya, beliau amat terhutang budi dengan pengurusan dan pensyarah UMT yang telah banyak memberi ruang kepadanya untuk menonjolkan potensi diri menerusi aktiviti kokurikulum, kelab, persatuan dan sukarelawan.

“Bagi rancangan masa depan, saya akan melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada September ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI