fbpx

Banduan lolos dari Penjara Pengkalan Chepa diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Soolleh Mohd. Noor

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Banduan berkenaan, Mohamad Soolleh Mohd. Noor, 31, yang berasal dari Kampung Delima, Wakaf Bharu dekat Tumpat disedari oleh pihak penjara telah meloloskan diri kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum ini, banduan itu dalam tahanan reman bagi kes di bawah Seksyen 15(1 ) Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, suspek dimasukkan ke Penjara Pengkalan Chepa pada Isnin lalu dan disedari melarikan diri ketika sedang membuang sampah.

“Suspek dipercayai telah memanjat pagar di kawasan menara penjara tanpa disedari pegawai yang bertugas.

“Kita menerima maklumat kira-kira pukul 10.13 pagi selepas dihubungi oleh pihak penjara sebaik menyedari seorang banduan telah melarikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, semakan mendapati, suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya, polis dengan kerjasama Jabatan Penjara sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan memohon orang ramai yang menemui suspek agar segera menghubungi segera balai polis berdekatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI