fbpx

Espargaro tolak stigma jentera Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
espargaro mengakui selesa memacu jentera Honda biarpun ia dianggap sukar untuk dikemudi. – AFP

DOHA – Pelumba Sepanyol, Pol Espargaro menafikan dakwaan sesetengah pelumba bahawa jentera Honda sukar untuk dikawal, malah yakin jentera buatan Jepun itu sedia untuk memecut laju pada aksi pembukaan MotoGP esok.

Espargaro adalah individu tepat yang mampu menganalisis kekuatan jentera Honda kerana sebelum ini dia telah menunggang dua karakter jentera berbeza iaitu Yamaha dan KTM RC16.

Pelumba berusia 29 tahun yang terkenal dengan gaya tunggangan agresif itu me­ngakui telah memahami karakter Honda dan tidak berdepan masalah untuk mengemudinya pada aksi sulungnya bersama pasukan Repsol Honda.

“Sebelum ini saya dengar apabila mereka menyatakan jentera ini (Honda) sukar untuk dikawal dan saya mula bimbang dengan situasi berkenaan bila dipanggil menyertai pasukan ini.

“Bagi saya jentera Honda bukanlah jentera paling sukar untuk dikawal. Meskipun bukan mudah tetapi selepas kali pertama menunggangnya saya hanya perlu menyesuaikan teknik bersama jentera ini.

“Pada aksi ujian pramusim lalu saya dapat rasakan ke­lebihan itu dengan cara tunggangan saya. Saya tidak dapat mengesan kelebihan lain kerana hanya mempunyai tempoh empat hari untuk mencubanya.

“Secara keseluruhannya bagi saya jentera ini sangat positif dan saya bersedia untuk memulakan aksi pembukaan nanti di GP Qatar esok,” katanya.

Honda tidak mempunyai rekod terbaik di Qatar apabila hanya meraih kemenangan terakhir mereka pada tahun 2014, namun Espargaro memiliki rekod positif di Qatar dan bakal menjadi pesaing hebat pada perlumbaan nanti.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI