fbpx

Alasan SPR tak munasabah – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi 18 (Undi18) dan pendaftaran automatik amat mengecewakan serta tidak boleh diterima sama sekali.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi Undi18 dan pendaftaran automatik telah mendapat sokongan penuh kesemua Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Julai 2019.

“Kenyataan terbaharu SPR ini juga jelas sekali bercanggah dengan kenyataan Pengerusi SPR pada 7 Jun tahun lalu bahawa persiapan melaksanakan Undi18 dan pendaftaran automatik akan diselesaikan selewat-lewatnya Julai ini.

“Harus diingatkan, kenyataan SPR pada tahun lalu ini adalah ulangan kepada kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendiang Datuk V.K Liew pada Oktober 2019 yang menetapkan sasaran sama iaitu Julai 2021 bagi melaksanakan Undi18 dan pendaftaran automatik,” katanya di laman web khairykj.com

Katanya, alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan perancangan dan persiapan SPR juga adalah sesuatu yang tidak munasabah memandangkan PKP telah dilaksanakan sejak lebih setahun yang lalu.

Malah, Khairy Jamaluddin berkata, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat pada bulan November tahun lalu juga masih mengekalkan sasaran Julai 2021 bagi pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik ini.

“Tidak sampai lima bulan selepas jawapan di Dewan Rakyat ini dikeluarkan, SPR secara tidak semena-mena mengumumkan penangguhan pelaksanaannya kepada lebih satu tahun iaitu September 2022 berbanding Julai 2021.

“SPR seharusnya memberi penjelasan lanjut berkenaan program libat urus ini memandangkan proses ini bukan lagi perkara berbangkit kerana Undi18 ini telah dipersetujui di peringkat tertinggi proses membuat undang-undang dalam negara ini iaitu Parlimen Malaysia,” katanya. K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI