fbpx

Mengaku tidak salah miliki 106 butir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santeran (depan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pengusaha sukan air mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 106 butir peluru tanpa lesen dua minggu lalu.

Tertuduh, A. Santeran, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sebanyak 53 butir peluru 9mm, (48) peluru 9×9 Bigs, (tiga) peluru 9mm Luger dan (dua) peluru Thai Arms secara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan pantai di Batu Ferringhi di sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 12 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Zeti Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia turut mempunyai kes lain di Mahkamah Sesyen di sini.

Kes itu akan disebut semula pada 27 April ini untuk serahan dokumen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI