fbpx

Sekolah tidak tutup, berjalan seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kiri) menyerahkan replika cek kepada wakil sekolah pada Majlis Penyerahan Peruntukan Penyelengaraan Sekolah di Parlimen Batu Pahat di Batu Pahat, Johor. - Foto : MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Sesi pembelajaran serta pengajaran akan diteruskan seperti biasa walaupun terdapat 41 kluster jangkitan Covid-19 dikesan di semua peringkat institusi pendidikan sejak 1 Januari lalu.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tiada penutupan sekolah dikenakan termasuk sesi persekolahan menengah yang bermula 4 dan 5 April ini akan berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selamat.

“Kalau kita teliti data yang diberikan itu jumlah keseluruhan dan berlaku di pelbagai institusi dan perkara itu seperti mana yang kita tekankan, kami di KPM sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Kita ikhtiarkan yang terbaik supaya kehadiran murid di sekolah untuk ikuti pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan selamat,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Peruntukan Penyelengaraan Sekolah di Parlimen Batu Pahat di Batu Pahat di sini hari ini.

Radzi berkata, secara keseluruhan lebih lima juta pelajar akan mengikuti pembelajaran secara bersemuka melibatkan pelajar di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan memulakan sesi persekolah pada 4 April ini manakala negeri lain pada 5 April.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI