fbpx

Bakal haji perlu dapat suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bakal jemaah haji Malaysia diminta segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 untuk persiapan mereka menunaikan ibadat itu pada tahun.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, persediaan perlu dilakukan walaupun masih tiada kepastian tentang pelaksanaan haji tahun ini.

“Menteri Kesihatan Arab Saudi telah menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 merupakan salah satu syarat wajib untuk semua bakal jemaah haji musim ini.

“Justeru, TH menasihati bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Ini sebagai persediaan walaupun belum ada pengumuman rasmi oleh kerajaan Arab Saudi kerana musim haji sudah semakin hampir,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Syed Saleh berkata, anggota TH di seluruh negara bersedia membantu urusan pendaftaran penerima vaksin Covid-19 bagi bakal haji yang sudah berusia atau tidak mempunyai akses internet.

Dalam pada itu, katanya, TH turut menasihati bakal jemaah haji Malaysia bersedia menerima sebarang perubahan terkini dan kemungkinan peraturan baharu berikutan pandemik Covid-19.

Terdahulu, katanya, TH telah membuat segala persiapan yang diperlukan di peringkat tanah air dan juga di Tanah Suci untuk urusan ibadat haji tahun ini.

Menurut beliau, ia termasuk dalam aspek penginapan, pengangkutan, penerbangan, sajian makan dan hukum hakam ibadah.

“TH perlu mengambil langkah untuk bersedia. TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan haji dan jumlah jemaah yang dibenarkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI