fbpx

KPDNHEP Sabah serbu premis penyimpanan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa melakukan serbuan ke atas sebuah premis tempat penyimpanan makanan ringan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). - Foto Ihsan KPDNHEP Sabah

KOTA KINABALU – Sebuah premis tempat penyimpanan makanan ringan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) kelmarin diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berikutan dipercayai menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, hasil pemeriksaan dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu mendapati semua makanan ringan import terbabit menggunakan penandaan halal pada setiap bungkusan yang tidak diperakui oleh JAKIM.

“Semua produk makanan ringan import berkenaan yang dirampas bernilai RM40,946.50.

“Kes disiasat mengikut Perengan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan mengikut Perenggan 8(b) perintah yang sama.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua denda RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Georgie menyatakan pihaknya akan terus mempergiatkan usaha untuk melindungi pengguna daripada penyalahgunaan penandaan halal oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kita tidak akan berkompromi sekiranya terdapat premis yang menggunakan penandaan halal yang tidak diperakui. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI