fbpx

Pemandu lori bawa bungkusan kurier rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui rentung di tempat pemandu dan mayat berjaya dikeluarkan dalam masa 12 minit.

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori membawa bungkusan syarikat kurier rentung selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori tangki cecair nitrogen dan terbakar di kilometer 221.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Syazwan Mohd. Romli, 29, ditemukan rentung di tempat duduk pemandu.

Menurut pemandu lori tangki itu dikenali sebagai Kamarulzaman, 43, ketika kejadian, dia mendengar mangsa menjerit meminta tolong dan beberapa pemandu lori lain yang turut berhenti cuba membantu mengeluarkannya, namun gagal.

“Selepas kejadian berlaku, beberapa pemandu lori lain berhenti untuk memberi bantuan dan kami mendengar mangsa menjerit meminta tolong, namun kami dapati bahagian pemandu memang telah remuk teruk.

“Beberapa pemandu lain tetap berusaha cuba mengopak pintu pemandu tetapi tidak berhasil, api pula merebak dengan sangat cepat dan akhirnya kami terpaksa menunggu bantuan pasukan bomba tiba,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini, hari ini.

Jelasnya, sebelum kejadian, dia telah memberhentikan lori tangki dipandu di lorong paling kiri selepas mengalami kerosakan gara-gara melanggar sebuah treler membawa muatan bijih besi kira-kira pukul 4 pagi.

“Saya telah meletakkan kon dan berdiri di belakang lori tangki bagi memberi isyarat kepada kenderaan lain, namun lori kurier itu tidak mengelak dan terus merempuh lori tangki. Saya bagaimanapun sempat melompat ke bahagian bahu lebuh raya,”katanya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI