LUMUT – Sebanyak 948 lot perniagaan di 15 tapak bazar Ramadan ditawarkan kepada individu dan peniaga di daerah Manjung sepanjang Ramadan ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, sebanyak 12 pihak pengurusan bazar telah dilantik untuk menguruskan tapak bazar tersebut.
Menurutnya, MPM menetapkan permit perniagaan bazar Ramadan adalah RM30 untuk setiap peniaga, manakala bayaran untuk lot perniagaan antara RM150 hingga RM300 yang mana pihak pengurusan bazar dibenarkan mengenakan kadar caj maksimum RM300.
“Bayaran itu meliputi kos pengurusan tapak dan semua perkara berkaitan termasuk aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE.