fbpx

Tipu keluarga demi latihan intensif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menceritakan kisah di sebalik kejayaannya menjulang kejuaraan All England dengan menewaskan Axelsen di Birmingham, England Ahad lalu.

SELURUH negara bergembira ketika perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia menjulang kejuaraan badminton Seluruh England (All England) selepas menewaskan pemain No. 2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 Ahad lalu.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan itu, tersirat kisah duka yang diharungi pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu sebelum berangkat ke bumi Eropah bagi menyertai kejohanan Terbuka Switzerland dan All England.

Kata Zii Jia, dia terpaksa mengorbankan kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga kali ini bagi menjalani latihan secara bersendirian di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

“Selepas kejohanan di Thailand Januari lalu, memang saya sangat tertekan kerana setiap hari perlu fikir bagaimana mahu tingkatkan prestasi. Saya akui fikiran saya kosong waktu itu.

“Saya juga tipu keluarga dengan mengatakan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tidak beri cuti untuk sambut Tahun Baru Cina. Saya buat keputusan tinggal di asrama untuk jalani latihan bersendirian.

“Sebaik memenangi All England, saya terus menelefon Hendrawan (ketua jurulatih perseorangan negara) serta keluarga untuk berkongsi kegembiraan tersebut,” katanya pada sidang video bersama media semalam.

Kenyataan itu menjawab persoalan mengenai perubahan sikap Zii Jia yang dilihat cenderung untuk memencilkan diri seperti dinyatakan ibunya, Leow Siet Peng sebelum ini.

Zii Jia yang juga pemain No. 8 dunia menegaskan, dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada dua jurulatihnya, Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock serta Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann untuk terus melatihnya menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Berhubung Olimpik nanti, saya fikir tiga individu ini sudah cukup untuk melatih saya kerana mereka adalah antara yang terbaik ketika bergelar pemain.

“Kepakaran serta pengalaman mereka mampu membantu saya untuk bersaing di Olimpik nanti. Saya yakin dengan kebolehan yang ada pada mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI