PETALING JAYA – Dalam menghadapi krisis kesihatan ekoran pandemik Covid-19 dengan sesi persekolahan yang telah bermula, ibu bapa sentiasa bimbang mengenai tahap kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka.
Pelbagai inisiatif yang diambil golongan tersebut termasuklah membuat pemilihan dari aspek pembelian makanan tambahan berkualiti di pasaran.
Berdasarkan isu tersebut, Scott’s telah memperkenalkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin (diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D & E dan Zink) dan dirumus khusus untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.
Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (GSK Consumer Healthcare), Bryan Wong berkata, produk yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu didatangkan dalam perisa epal dan tropika yang enak, sesuai dengan cita rasa kegemaran kanak-kanak.
“Portfolio produk Scott’s sedia ada memberi tumpuan kepada DHA untuk perkembangan otak dan vitamin C untuk imuniti.
“Oleh itu, syarikat sedar wujudnya keperluan untuk mengisi kelompangan dalam kategori multi vitamin yang penting bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
“Ramai kanak-kanak mengelak daripada mengambil makanan tertentu seperti ikan yang kaya dengan vitamin A, B6 dan D serta legum yang kaya dengan Zink2.
“Menerusi pengenalan Scott’s Gummies dengan Multivitamin itu akan dapat memberikan mikronutrien penting kepada kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran Scott’s Gummies dengan Multivitamin baharu di pasaran semalam.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.