fbpx

Warga emas hilang enam hari ditemui di semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Balai Tampin, Inspektor Awang Hamad Abdullah menunjukkan lokasi penemuan Che Som yang tidak jauh dari rumahnya di berdekatan belukar tepi jalan simpang Desa Permai, Batu 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang tadi.

TAMPIN – Warga emas yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui oleh seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan belukar tepi jalan simpang Desa Permai, Batu 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa, Che Som Ibrahim, 69, ditemui ketika pekerja lelaki berkenaan yang ingin melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, sebaik ditemui, lelaki berkenaan segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa ditemui di dalam kawasan semak belukar terbaring tidak bermaya, namun dalam keadaan sedarkan diri.

“Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tampin oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Sementara itu, menantu mangsa, Abdul Halem Samsuddin, 31, ketika dihubungi melalui aplikasi whatsApp meluahkan kesyukuran ibu mertuanya telah ditemui.

“Mak dah ditemui… alhamdulilah,” balasnya ringkas.

Semalam Kosmo Online malaporkan Halem memohon doa orang ramai supaya ibu mentuanya yang hilang sejak pagi Sabtu lalu segera ditemui. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI