fbpx

Belanda tewas mengejut di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMPHIS Depay berpeluang untuk merapatkan jurang tetapi gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Belanda tewas 2-4 kepada Turki awal pagi semalam. – AFP

ISTANBUL – Belanda memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 kali ini dengan langkah kiri apabila tewas kepada Turki 2-4 pada aksi awal pagi semalam.

Jaringan hatrik daripada pemain veteran Turki, Burak Yilmaz berjaya membantu tuan rumah untuk mencatat kemenangan selesa biarpun Belanda cuba bangkit merapatkan kedudukan dengan 3-2 selepas terlebih dahulu ketinggalan dengan tiga gol.

Jurulatih Belanda, Frank De Boer mengakui bahawa ia bukanlah keputusan yang diharapkan oleh pasukannya dan ia merupakan kekalahan yang memalukan.

“Ia adalah satu keputusan yang teruk tetapi ini adalah salah satu daripada 10 lagi perlawanan kelayakan yang kami perlu hadapi. Jadi, kami perlu pastikan bahawa pa­sukan ini tidak akan kehilangan mata lagi selepas ini.

“Turki adalah sebuah pasukan yang baik tetapi kami mampu untuk mengelak daripada berdepan kekalahan ini.

“Mereka menggunakan taktikal serangan balas pantas dan gol pertama itu jelas menunjukkan cara mereka bermain.

“Kami juga tidak begitu agresif dan memberikan fokus sepenuh­nya, namun tetap mempu­nyai beberapa peluang terbaik.

“Kami perlu terus positif kerana dalam bola sepak perubahannya berlaku dengan pantas. Kami perlu kembali kepada visi asal dan pengalaman yang ada pada para pemain membuatkan saya yakin kami mampu melakukannya,” ­katanya.

Belanda bakal meneruskan kempen kelayakan kali ini dengan menentang Latvia dan Gibraltar selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI