fbpx

Miller mahu tepati ramalan juarai perlumbaan GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLER merupakan pelumba paling menonjol pada aksi pramusim apabila mencatat masa terpantas pada sesi ujian berkenaan. – TWITTER DUCATI CORSE

LOSAIL – Pelumba pasukan Ducati, Jack Miller diramal tidak akan berdepan masalah untuk memenangi perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail Ahad nanti.

Pelumba dari Australia itu melakukan catatan masa terpantas pada sesi ujian sebelum ini, sekali gus meleburkan rekod yang dilakukan Marc Marquez pada 2019.

Miller mengakui dia sudah tidak sabar untuk memulakan saingan musim baharu kerana merasakan sudah sebati dengan jenteranya sepanjang sesi ujian terdahulu.

“Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan sudah tiba. Kami akan kembali beraksi pada perlumbaan pertama musim 2021. Saya dapat rasakan jentera Desmosedici sudah tunjukkan potensi sebenar.

“Ujian rasmi di litar ini memberikan hasil positif buat pasukan. Secara jujur, saya tidak pernah rasa bersedia seperti ini pada musim-musim terdahulu,” katanya.

Bekas pelumba Pramac Racing itu juga percaya pasukan-pasukan pencabar tidak akan memberi laluan mudah buatnya pada perlumbaan itu nanti.

“Sudah tentu pelumba-pelumba lain akan tampilkan aksi kompetitif tetapi saya yakin untuk mulakan saingan musim ini dengan memberikan aksi terbaik dan meraih keputusan positif,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI