PELAKON tinggi lampai Nam Joo-hyuk sememangnya diketahui berkawan baik dengan aktor Ji Soo sejak mereka membintangi drama Scarlet Heart lima tahun lalu.
Keakraban dua sahabat itu baru-baru ini menyebabkan Joo-hyuk tanpa sengaja terpalit dengan kontroversi dan kes buli Ji Soo yang masih lagi hangat diperkatakan sehingga sekarang.
Justeru, terdapat segelintir netizen yang mempersoal dan mempertikaikan mengapa pelakon itu masih lagi berkawan dengan seorang pembuli seperti Ji Soo.
Bagaimanapun, peminatnya tampil mempertahankan Joo-hyuk memandangkan isu yang timbul berkenaan langsung tiada kena mengena dengan dirinya.
“Nam Joo-hyuk berjaya ke tahap sekarang selepas dia melalui kehidupan yang sukar. Jangan ganggu dia.
“Saya suka Joo-hyuk tetapi disebabkan Ji Soo, dia terima tempiasnya. Joo-hyuk nampak seperti seorang yang baik. Dia sangat naif dan baik dalam drama Welcome Back To School. Netizen tolong jangan ganggu dia,” komen seorang peminatnya.
Dalam perkembangan lain, aktor itu akan muncul dengan sebuah drama terbaharu berjudul Here tidak lama lagi.