fbpx

KPN beri bayangan penggantinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi bayangan bahawa timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengganti jawatannya.

Bagaimanapun Abdul Hamid berkata, keputusan tersebut terpulang kepada Perdana Menteri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kebiasaannya, sesiapa yang menjadi timbalan akan naik menjadi Ketua Polis Negara namun keputusan tersebut terpulang kepada Yang-di Pertuan Agong kerana jawatan ini memerlukan perkenan baginda,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Mobile My Bayar Saman di Bukit Aman di sini hari ini.

Pelantikan Abdul Hamid sebelum ini berkuatkuasa mulai 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021, beliau yang kini berusia 60 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 dan telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.

Berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisian, Abdul Hamid mempunyai kompetensi dan daya tahan kepimpinan yang tinggi bagi meneruskan kesinambungan dan tanggungjawab menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI