fbpx

100 buah kapal bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zubil menunjukkan peta perairan Johor Timur yang sering diceroboh kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Kira-kira 100 buah kapal dagang antarabangsa dikesan bersauh secara haram di perairan Johor Timur, dekat sini setiap hari sejak 10 Januari tahun ini hingga semalam.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kira 50 peratus daripada kapal itu berdaftar di negara Singapura.

Jelasnya, antara kapal yang melakukan kesalahan itu adalah membabitkan kapal tangki, kapal kargo serta kapal penumpang.

“Kebanyakan kapal ini dipercayai bersauh di perairan negara kerana tidak dapat meneruskan perjalanan akibat ketiadaan tempahan perjalanan kerana pandemik Covid-19.

“Namun apabila mereka berbuat demikian, mereka mengganggu laluan pelayaran di Selat Melaka yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan seperti perlanggaran kapal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zubil, selain risiko kemalangan, pihaknya juga bimbang kapal terbabit akan melakukan kesalahan jenayah seperti pembuangan minyak secara haram atau aktiviti penyeludupan.

“Sehubungan itu, APMM telah melancarkan Operasi Khas Jangkar Haram selama 10 hari bagi membanteras ratusan buah kapal yang bersauh secara haram di perairan Johor Timur bermula semalam.

“Operasi ini melibatkan seramai 175 pegawai dan anggota beserta lima buah Kapal Maritim, empat bot ronda, dua buah helikopter dan dua unit Pasukan Tindakan Khas bagi meningkatkan keberhasilan operasi,” ujarnya.

Tambah beliau, sejak operasi dilancarkan, pihaknya telah menahan lima buah kapal sebagai amaran kepada kapal-kapal lain untuk segera meninggalkan kawasan perairan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI