fbpx

Anggota polis cedera terkena tembakan pistol sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada penyumbang kandungan Kosmo!, Rohana Mohd. Nawi pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. - FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera pada bahagian paha kiri selepas terkena tembakan ketika sedang mengosongkan peluru pistolnya di Balai Polis Meranti, Pasir Mas dalam satu kejadian pada pukul 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit selesai bertugas dan sedang menyimpan senjata api yang digunakan olehnya.

“Ketika sedang mengosongkan peluru pistol, senjata api milik anggota berusia 29 tahun itu tiba-tiba meletup dan melepaskan satu das tembakan sehingga terkena pada paha kiri mangsa.

“Seorang lagi anggota yang berada di lokasi telah membantu mangsa yang sudah berlumuran darah untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ujarnya, siasatan terperinci akan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada disengajakan atau membabitkan perkara lain.

Tambahnya, polis sudah membuka kertas inkuiri polis (siasatan dalaman) melibatkan kes itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI