fbpx

MAIWP lancar bantuan baharu perniagaan Musa’adah Tijariyyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar (tengah) melancarkan inisiatif program bantuan perniagaan Musa'adah Tijariyyah di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan bantuan baharu dikenali sebagai Musa’adah Tijariyyah bagi membantu golongan asnaf yang mahu memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, menerusi inisiatif itu, MAIWP menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta yang disasarkan kepada seramai 5,000 penerima dengan bantuan maksimum RM3,000 seorang.

Menurut beliau, Musa’adah Tijariyyah berbeza dengan bantuan perniagaan sedia ada MAIWP kerana tidak mensyaratkan pemohon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah selama enam bulan.

“Sebaliknya mereka yang mempunyai pendaftaran SSM selama dua bulan dan masih aktif layak memohon bantuan ini.

“Peserta akan diberi kursus asas keusahawanan sebagai persediaan dan perancangan sebelum memulakan perniagaan,” katanya pada Program Transformasi Asnaf Jaya (Protaj) di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI