fbpx

PDRM, AKSEM bertanggungjawab cegah jenayah rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, AKSEM adalah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab melaksanakan kawalan di sempadan darat negara terhadap kegitan penyeludupan atau kegiatan tidak sah yang lain.

“Langkah ini bertujuan bagi menstruktur semula dan memperkasakan strategi kawalan sempadan negara secara holistik bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat kekal terpelihara.

“Kerajaan percaya strategi meletakkan peranan AKSEM di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) bakal menyekat pencerobohan masuk warga asing ke dalam negara dengan lebih berkesan dan efisyen, terutamanya ketika penularan pandemik Covid-19,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-214 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM bersama agensi dan jabatan kerajaan lain yang telah mengawal sempadan negara daripada dibolosi oleh warga asing dalam beberapa operasi berterusan yang dijalankan seperti Op Pasir dan Op Benteng.

“Lebih membanggakan, walaupun hampir seluruh kekuatan telah dikerahkan untuk penugasan Op Covid-19, namun PDRM tetap berjaya mengimbangi keutamaan perkhidmatan pasukan memerangi jenayah serta mengekalkan rasa selamat dalam kalangan rakyat sekali gus memastikan keamanan negara.

“Mereka adalah antara ‘the real frontliners’ yang telah bertungkus lumus mengekang penularan Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI