fbpx

Kapal tangki Afrika bawa 24 kru warga China ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tangki berdaftar dari Tanzania, Afrika yang membawa 24 anak kapal ditahan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya dari Tanjung Keling, di sini, semalam.

MELAKA – Sebuah kapal tangki berdaftar dari Tanzania, Afrika yang membawa 24 anak kapal ditahan pada kedudukan 1.9 batu nautika barat daya dari Tanjung Keling, di sini, semalam.

Kapal itu ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan kira-kira pukul 2.40 petang selepas dipercayai belayar tanpa perlindungan insuran.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Haris Fadzillah Abdullah berkata, kapal tersebut ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung situasi itu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Hasil maklumat, bot ronda kita telah mengesan kapal tangki itu sedang berlabuh di batas pelabuhan Melaka dan hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan didaftarkan di Tanzania, Afrika.

“Kapal tangki tersebut dikendalikan oleh 24 anak kapal warganegara China berusia antara 22 hingga 46 tahun dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen jaminan insuran sebagaimana kehendak Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim (LLMC) 1976 daripada Pengarah JLM. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI