fbpx

YDP Agong ucap selamat Hari Polis ke-214

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YDP Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-214 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga para veteran dan pesara polis.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-214 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga para veteran dan pesara polis.

Melalui satu kenyataan yang disiarkan laman Facebook Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada warga PDRM di atas khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan yang dipamerkan dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara serta ketenteraman awam terus terjamin.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan dan rasa bangga kepada seluruh warga PDRM di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah dan masa sebagai petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19 sejak dari tahun lalu.

“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda juga turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T dari segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI