fbpx

Marini tidak sabar aksi debut MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARINI mengakui sudah tidak sabar untuk beraksi buat kali pertama dalam saingan kelas perdana pada Kejuaraan Motosikal Dunia di GP Qatar minggu ini. – ESPONSORAMA TWITTER

DOHA – Pelumba pasukan Sky VR46 Esponsorama Racing, Luca Marini mengakui tidak sabar untuk memulakan debut pertama­nya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Qatar pada hujung minggu ini nanti.

Adik tiri kepada Valentino Rossi itu mengakui telah me­lakukan persiapan yang cukup rapi untuk beraksi di Litar Losail, namun tidak meletakkan sebarang tekanan malah hanya mahu menikmati persaingan sengit dalam kelas utama MotoGP tersebut.

Pada saingan Moto2 musim lalu, pelumba berusia 23 tahun tersebut muncul selaku naib juara selepas meraih tiga kemenangan. Aksi cemerlangnya itu telah menarik minat prinsipal pasukan Esponsorama, Raul Romero untuk memanggilnya menyertai menyertai kelas premier.

“Ini akan menjadi perlumbaan pertama dan istimewa. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi sangat teruja untuk memulakan perlumbaan di barisan hadapan.

“Saya berpuas hati dengan sesi ujian rasmi dan reaksi saya ketika kali pertama memecut jentera Ducati. Meskipun pada mulanya sedikit kekok tetapi saya mula menyukai karakter jentera Ducati.

“Perkara utama adalah saya perlu cepat mempelajari menerusi analisis data yang kami perolehi. Saya harap mampu melakukan terbaik bersama pa­sukan,” katanya.

Dalam pada itu, Marina yang akan menunggang jentera Ducati GP19 mengakui jentera buatan Itali itu sangat laju di laluan lurus.

“Memang tidak boleh dinafikan bahawa Ducati sangat laju terutama di laluan lurus dan saya akan menggunakan kelebihan itu pada sesi kelayakan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI