fbpx

MdI laksana pembayaran melalui kad debit, kad kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengambil inisiatif menambah saluran bayaran dengan pelaksanaan perkhidmatan pembayaran melalui terminal kad debit dan kad kredit di kaunter bayaran ibu pejabatnya di sini dan 21 cawangan lain di seluruh negara.

MdI dalam satu kenyataan berkata, instalasi terminal pembayaran itu telah selesai dilaksanakan di ibu pejabat pada 17 Mac lalu dan sedang diperluaskan ke semua cawangan Mdl di seluruh negara secara berperingkat.

“Selain pelaksanaan pembayaran secara dalam talian bagi deposit pempetisyen, bayaran ansuran dan carian status kebankrapan atau penggulungan syarikat di portal einsolvensi, pembayaran melalui terminal kad debit dan kad kredit adalah satu lagi usaha MdI dalam memainkan peranan untuk menggalakkan pembayaran secara dalam talian dan ke arah kaunter tanpa tunai,” katanya di sini hari ini.

MdI berkata, pihaknya juga telah menyediakan Pelan Pendigitalan MdI 2021-2025 dan kerjasama yang terjalin antara pihaknya dengan Affin Bank sebagai Acquiring Bank bagi saluran tambahan bayaran baharu itu adalah seiring dengan langkah transformasi MdI ke arah pendigitalan.

“MdI percaya dengan sokongan Affin Bank, kedua-dua pihak akan dapat mengoptimumkan kemajuan teknologi dalam perkhidmatan kerajaan khususnya pembayaran secara dalam talian dan seterusnya meningkatkan penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Katanya, sebagai sebuah agensi kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya dalam memastikan hasrat kerajaan ke arah mencapai keberhasilan Pelan Startegik e-pembayaran sektor awam.

“Antaranya seperti pembudayaan ‘cashless society’ di sektor awam, pengukuhan perkhidmatan e-pembayaran sektor awam dan pemantapan tahap keyakinan terhadap e-pembayaran sektor awam,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI