fbpx

Dron kesan mayat kedua selepas 28 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR mengangkat mayat yang mati lemas hari ini ketika mandi di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Johor pagi semalam.

KOTA TINGGI – Selepas lebih 28 jam dilaporkan hilang, mayat mangsa kedua kejadian lemas ketika tiga sahabat mandi-mandi di Pantai Batu Layar di sini berjaya dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba Khairul Sufian Dahari berkata, mayat Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, ditemui pada pukul pukul 3.27 petang.

“Mayat mangsa berjaya dikesan oleh dron Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang.

“Usaha untuk mendekati objek (mayat) melalui jalan darat dengan menggunakan ‘personel floating device’ dan tali bagaimanapun tidak berjaya kerana keadaan ombak besar.

“Mayat mangsa kemudian diambil menggunakan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Musoh, Pengerang pada pukul 5.05 petang,”katanya ketika dihubungi di sini.

Khairul berkata, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kegembiraan tiga sahabat bercuti di Pantai Batu Layar di sini semalam berakhir tragedi apabila dua daripadanya lemas dalam kejadian pagi semalam.

Mayat mangsa pertama, Muhammad Hariz Farhat Omar, 23, berasal dari Kedah ditemui oleh orang awam di celah batu manakala seorang lagi rakan sekerja mangsa, Bonny Anak Meranat, 42, terselamat dalam kejadian itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI