fbpx

Lagi syarikat berkaitan kewangan dikesan salah guna SPHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penafian Jakim terhadap SPHM yang digunakan syarikat berkaitan produk kewangan.

PUTRAJAYA – Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesan beberapa lagi kes penyalahgunaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) oleh syarikat berkaitan kewangan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim menjelaskan semua sijil pengesahan halal berkenaan adalah palsu kerana pihaknya tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi produk kewangan.

Menurutnya, Jakim juga tidak pernah memberi pengiktirafan sebagai Badan Pensijilan Halal Luar Negara kepada syarikat-syarikat di luar negara bagi produk kewangan.

“Kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu sijil halal yang didakwa diberi kepada sebuah syarikat berkaitan kewangan seterusnya menimbulkan keraguan dan salah faham dalam kalangan pengguna di luar sana.

“Isu yang hampir sama ini pernah dijawab oleh pihak kami membabitkan nama syarikat berbeza iaitu pada 18 Mei 2020 dan 9 Februari lalu,” katanya.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam menerima sebarang info yang tidak diketahui status kesahihannya.

Jelas Jakim lagi, pihaknya meminta orang ramai supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berautoriti agar tidak menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna boleh mengemukakan aduan yang lengkap kepada Jakim.

Orang ramai boleh melayari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my dan semakan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html) bagi mengetahui mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI