fbpx

Harga RON97 naik 3 sen, RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh bermula 25 Mac hingga 31 Mac depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 pula naik sebanyak tiga sen daripada RM2.47 kepada RM2.50 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI