fbpx

Kerja pengalihan kren gantri ambil masa – Prolintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKE mobile kiosk di tapak kejadian 24 jam, berhadapan kondominium Puncak Banyan bagi membantu penduduk sekitar.

PETALING JAYA – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan di tapak kejadian sedang giat dilakukan ketika ini selepas mangsa terakhir yang tersepit di bawah kren berjaya dikeluarkan awal pagi tadi.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa beberapa hari bagi memastikan struktur lebuh raya yang terlibat kekal utuh.

Tambahan pula katanya, kerja-kerja pengalihan kren gantri yang terlalu berat memerlukan proses pemotongan kepada beberapa bahagian kecil sebelum dibawa turun.

“Untuk memastikan keselamatan penduduk, terutamanya yang tinggal di Kondominium Puncak Banyan, jalan alternatif telah siap diturap sejak hari pertama kejadian dan dibuka untuk kegunaan penduduk.

“Sebagai akses keluar masuk, lencongan dan penutupan sementara sebahagian laluan di Persiaran Alam Damai untuk kedua-dua arah berkuat kuasa serta merta, sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini .

Menurut Prolintas, bagi pengguna dari arah Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang ingin menuju ke Alam Damai akan dilencongkan ke Jalan Cerdas (Pasar Malam Taman Connaught) untuk keluar ke Jalan Alam Damai berhampiran OCBC Bank.

Katanya, semasa penutupan dijalankan, hanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran penutupan (Mandarina, Puncak Banyan Condominium, Altitude 236 dan penduduk yang terlibat) yang dibenarkan menggunakan laluan tersebut.

“Penempatan pengawal trafik lalu lintas, kon keselamatan serta papan tanda amaran dan arah telah diletakkan di sepanjang laluan yang terlibat.

“Pengguna dinasihatkan agar mematuhi papan tanda arah, kelajuan, keselamatan serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat. Sila gunakan laluan alternatif yang dicadangkan bagi mengelakkan kesesakan,” ujarnya.

Sebarang maklum balas atau pertanyaan, sila hubungi mana-mana saluran komunikasi Prolintas seperti talian hotline 1300-88-9922, email [email protected], Twitter – @mySUKEofficial atau Facebook – Prolintas Highways. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI