fbpx

KADA mahu uji kemampuan padi nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin Md. Nor (kiri) beramah mesra dengan penerima Hasil Ladang Merdeka di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, Meranti, Pasir Mas hari ini. FOTO : YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menguji kemampuan padi NMR-152 atau padi berteknologi nuklear sebelum menggalakkan petani di bawah seliaan agensi itu mencuba varieti baharu itu.

Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, sebagai permulaan, pihaknya merancang untuk mengusahakan tanaman padi jenis itu di atas tanah berkeluasan enam hingga 10 hektar.

Menurutnya, projek rintis itu akan dimulakan pada musim baharu akan datang iaitu bermula Jun depan.

“Sekiranya varieti ini menunjukkan hasil yang baik, berkualiti dan mampu menjana pendapatan lumayan, KADA akan memberikan galakan kepada petani untuk mengusahakan padi jenis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembahagian Hasil Ladang Merdeka Meranti, Senor dan Bakong Bagi Musim 1/2020 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris.

Mengulas lanjut, Kamarudin memberitahu, selain NMR-152 yang diperkenalkan Agensi Nuklear Malaysia, KADA juga merancang untuk menguji dua lagi varieti baharu iaitu MR-315 dan Putra 2.

Katanya, MR-315 merupakan benih yang dikeluarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) manakala Putra 2 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kesemua padi ini mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi, kita akan mengujinya sebelum para petani boleh mengusahakannya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI