fbpx

Kalimah Allah hak mutlak orang Muslim – PUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir

PETALING JAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa kalimah Allah ini adalah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa bagi masyarakat Muslim.

Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pihaknya menyokong tindakan kerajaan memfailkan rayuan terhadap kes ini kerana kalimah Allah perlu dikekalkan kepada masyarakat Muslim dan tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Pada masa sama, PUM menjunjung kasih di atas titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Negeri-Negeri yang telah menzahirkan penegasan mempertahankan kalimah Allah.

“Antaranya adalah titah yang dizahirkan oleh DYMM Sultan Johor yang meminta kerajaan Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dan baginda turut meminta Majlis Agama Islam Negeri untuk memainkan peranan dalam hal ini.

“Terkini, PUM dan umat Islam di negara ini menjunjung kasih di atas titah DYMM Sultan Selangor pada semalam yang telah menyatakan dengan tegas bahawa baginda melarang sama sekali penggunaan kalimah Allah digunakan dalam penerbitan bukan Islam (Kristian),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, titah yang dizahirkan oleh DYMM Sultan-Sultan ini amat bermakna bagi umat Islam di negara ini.

Jelasnya, sebagai ketua agama bagi negeri-negeri, sudah tentu titah DYMM Sultan-Sultan dapat mengukuhkan usaha bagi memelihara kemuliaan kalimah Allah dan kesucian agama Islam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI