PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Laman rasmi Facebook Istana Negara menyebut, Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet selama satu jam bermula pukul 8 pagi.
“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata laman Facebook itu. – K! ONLINE