fbpx

Waris pekerja maut kren jatuh layak terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa tragedi struktur kren jatuh di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Tiga pekerja warga China yang terkorban dalam kejadian komponen kren jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Alam Damai, Cheras kelmarin layak menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pekerja asing layak menerima bayaran faedah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing sekiranya majikan mereka mencarum.

“Bila berlaku kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan balik, mereka boleh dapat bayaran faedah di bawah skim bencana. Jika meninggal dunia, maka waris yang akan terima bayaran faedah itu.

“Bagi kes yang berlaku baru-baru ini, Perkeso sedang kenal pasti mangsa dan waris untuk kita buat bayaran tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk OKU di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihak Perkeso mempunyai Skuad Perkeso Prihatin yang bertindak mengenal pasti mangsa atau waris sekiranya berlaku kemalangan.

“Seperti dua kes sebelum ini, yang melibatkan dua mangsa meninggal dunia selepas van kilang dihempap perancah besi pembinaan SUKE, kita sudah bayar faedah orang tanggungan kepada ibu salah seorang mangsa,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI