fbpx

Guru sekolah memandu mengaku salah cabul gadis bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen Raub selepas didakwa mencabul dua remaja di Bentong.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

RAUB – Seorang warga emas yang juga guru sekolah memandu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul dua remaja bawah umur pada 7 dan 14 Mac lalu.

Tertuduh, Lim Yoke Pin,70, yang hadir bersama isterinya membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Raub Ahmad Faizadh di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama pada 7 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi bertempat di jalan raya sekitar Chamang di Bentong tertuduh didapati dengan niat seksual memegang bahu seorang remaja berumur 17 tahun 11 bulan.

Bagi pertuduhan kedua pula pada 14 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi di jalan raya sekitar Chamang di Bentong tertuduh sekali lagi didapati dengan niat seksual memegang bahu remaja yang sama.

Untuk pertuduhan ketiga pula pada 14 Mac lalu kira-kira pukul 3 petang bertempat di Jalan Taman Desa Damai, tertuduh yang mempunyai amanah terhadap seorang remaja berumur 17 tahun 10 bulan telah melakukan amang seksual fizikal dengan memegang bahu, payudara dan kemaluan mangsa.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) di bawah akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan penjara maksimum lima tahun dan maksimum dua sebatan bagi Seksyen 16(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Samira Khalili manakala tertuduh diwakili peguam, Emily Chong.

Dalam pada itu, Samira memohon ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin mengambil kira kepentingan awam selain sebagai jaminan dan peringatan kepada masyarakat.

Bagaimanapun Emily Chong memohon ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin memandangkan tertuduh tiada sumber pendapatan selepas berhenti kerja selain memiliki masalah kegagalan buah pinggang serta perlu menanggung isteri dan seorang anak yang masih belajar di luar negara.

Hakim kemudian mengenakan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI