fbpx

Kerja kuat untuk apa? Ini jawapan Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAR Azmi

PETALING JAYA – Belum berkeluarga sendiri bukan alasan untuk Azar Azmi tidak bekerja bersungguh-sungguh.

Menurut pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Nur 2 itu, jika dahulu dia bekerja keras untuk membantu dan memenuhi
segala keperluan ibu bapa, kini tanggungjawabnya tidak terhenti biarpun mereka telah meninggal dunia.

Azar sebalik tetap bekerja keras kerana enggan membiarkan adik-beradiknya hidup dalam kesusahan.

Azar menjawab persoalan sering diajukan segelintir pihak tentang keperluannya untuk bekerja keras mencari rezeki dengan berlakon dan gigih berniaga, sedangkan tiada komitmen terhadap anak atau suami.

“Apabila seseorang bertanyakan kepada saya. Kau kerja kuat sangat untuk apa? Ini adalah persoalan terbesar saya,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, sebelum ini harus memenuhi impian ibu bapa, kini tanggungjawabnya beralih pula kepada adik-beradik.

“Dahulu saya kerja untuk bagi atau belikan apa sahaja untuk arwah ibu bapa saya. Pantang dengan mereka nak apa-apa, mesti saya bagi. Minta RM150 Saya bagi RM300. Minta RM300 saya bagi RM600.

“Minta sehelai baju, saya bagi tiga helai baju. Minta kain baju raya kosong saya bagi yang ada batu Swarovski. Alhamudlillah sempat gembirakan mereka walaupun sekejap dan tidak seberapa,” ujarnya.

Namun, selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia, Azar masih bersikap ‘murah hati’ membantu adik-beradiknya.

Ujarnya, walaupun tidak mempunyai komitmen keluarga seperti suami dan anak-anak kerana belum berkahwin, tetapi pelakon itu masih mempunyai adik-beradik yang harus dibantu jika mereka memerlukan bantuan.

“Memang saya tidak ada lagi komitmen berkahwin (suami dan anak), tetapi saya ada adik-beradik. Jika sesuatu berlaku kepada mereka, saya dengan gembiranya akan sambut.

“Saya tidak mahu generasi selepas saya (anak-anak buah) rasa susah macam mana susahnya saya mencari sesuap nasi. Saya nak ubah dan berada pada satu pencapaian tertinggi,” katanya.

Pada masa sama, Azar turut mengakui tidak suka mendengar orang mengeluh dan hanya mahukan perkara-perkara positif dalam hidupnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI