fbpx

Banjir kilat sekitar Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu seorang wanita berpindah selepas rumahnya mula dinaiki air di Kampung Pandan 2 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Hujan lebat berterusan di sini sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Sungai Lembing di sini ditenggelami air.

Situasi itu membuatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah berasa bimbang seandainya banjir besar kembali berulang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, walaupun banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sejak semalam semakin reda, keadaan cuaca pada masa ini masih tidak menentu.

“Kita mengambil langkah berjaga-jaga berikutan hujan lebat masih lagi berlaku hari ini.

“Penduduk di kawasan rendah sudah diberitahu supaya bersiap-siaga sekiranya rumah mereka dinaiki air,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa bahagian jalan antara Kuantan dan Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air.

Katanya, beberapa rumah yang terjejas akibat banjir kilat semalam telah dibersihkan malam semalam selepas air kembali surut.

“Ketika ini Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Lembing sesang dalam proses untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir dan memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya keadaan semakin buruk.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, bomba membantu seorang wanita berpindah di Kampung Pandan 2 pada pukul 5.30 pagi tadi.

“Bomba terpaksa menggunakan bot untuk membawa mangsa ke rumah keluarganya selepas rumah mangsa dinaiki air setinggi dua meter,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI