fbpx

Pembantu tadbir PHT maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Perodua Viva dan Proton Persona dinaiki ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Dewan Sivik Tengkawang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang pembantu tadbir Politeknik Hulu Terengganu (PHT) maut setelah kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan kereta Proton Persona dinaiki pasangan suami isteri warga emas di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Dewan Sivik Tengkawang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, mangsa, Siti Baizura Mat Hussin, 34, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan manakala Ab. Khalil Mat Nor, 66, dan Hasnah Abdullah,65, pula cuma cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Siti Baizura dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, Kuala Berang di sini.

“Ab. Khalil dan isteri pula sedang menuju ke arah Sungai Tong, Setiu dari rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Viva dipandu Siti Baizura dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sewaktu melalui kawasan berselekoh sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Tambah beliau, impak daripada kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kereta remuk teruk.

“Mayat Siti Baizura yang juga ibu kepada empat anak telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat.

“Ab. Khalil dan Hasnah yang cedera ringan pula dihantar ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI