fbpx

Tiga sekawan lari lintang-pukang dikejar beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN (kanan) menunjukkan lokasi seekor beruang muncul di kawasan belukar berhampiran Kampung Tebing Tembah di Paka, Dungun, Sabtu lalu.

DUNGUN – Tiga sekawan berdepan detik cemas selepas mereka dikejar seekor beruang matahari di kawasan belukar berhampiran Kampung Tebing Tembah, Paka di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, mereka bertiga bernasib baik selepas berjaya melarikan diri dalam keadaan lintang-pukang daripada diterkam binatang buas tersebut.

Seorang mangsa, Adnan Mamat, 37, berkata, sewaktu kejadian, dia dan dua rakannya sedang mencari daun dan pucuk muda sebagai makanan untuk kambing peliharaan mereka.

“Seekor beruang dewasa tiba-tiba muncul kira-kira 100 meter sahaja dari lokasi saya sedang mengutip daun tersebut.

“Tanpa fikir panjang, saya terus lari menyelamatkan diri. Beruang itu kemudiannya mengejar dua rakan saya yang berada berhampiran, namun nasib baik mereka juga berjaya melepaskan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

CONTOH beruang matahari yang mengejar tiga sekawan.

Adnan berkata, kejadian itu adalah kali pertama dia diserang beruang walaupun sering keluar masuk ke kawasan belukar tersebut untuk mencari makanan untuk ternakannya sejak 15 tahun lalu.

Seorang penduduk lain, Sayed Haziq Faqhrullah Sayed Ahmad Sukri, 22, berkata, kelibat beruang itu disedari berkeliaran di kawasan hutan berhampiran Bukit Dal di sini yang terletak berhampiran perkampungan mereka sejak beberapa bulan lalu.

Ujarnya, binatang buas itu semakin berani memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan sejak kira-kira seminggu lalu.

“Saya sendiri juga pernah terserempak dengan beruang tersebut di halaman rumah saya pada pukul 6 petang, kelmarin (Ahad lalu),” ujarnya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof pula berkata, pihaknya telah memasang dua buah perangkap bagi menangkap beruang tersebut sejak dua minggu lalu.

“Kita percaya habitat asal beruang itu telah terganggu termasuk kegiatan kuari yang menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makan di penempatan penduduk,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI