fbpx

Bahagi masa antara belajar, jaga kakak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK MOHD. FIRDAUS menemani kakaknya, Nik Fatihah Faten yang hanya mampu terlantar di rumah mereka di Lorong Chicha, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang pelajar politeknik tidak pernah mengeluh meskipun terpaksa membahagikan masa dan kudratnya untuk menjaga kakaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) di rumah mereka di Lorong Chicha di sini sejak lebih seminggu lalu.

Ini kerana, ibunya yang berusia 48 tahun dan merupakan warga Thailand ditahan pihak berkuasa pada minggu lalu di rumah mereka kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Susulan daripada kes itu, hanya Nik Mohd. Firdaus Nik Ismail, 22, perlu menjaga kakaknya, Nik Fatihah Faten, 28, yang terlantar di rumah kerana lima lagi adik-beradiknya bekerja di Johor dan Pasir Puteh.

Menurut pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu itu, dia kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah agensi kerajaan di sini bermula pada Februari lalu hingga Julai depan.

Katanya, meskipun sibuk dengan latihan praktikal, dia tetap akan mengutamakan keadaan kesihatan dan menjaga kakaknya setiap hari.

“Sebelum ini, ibu saya yang menguruskan makan dan minum kakak. Ibu sebagai penjual mi sup di hadapan rumah kami dan pekerjaannya itu memudahkannya untuk menjaga keperluan kakak.

“Kini, kakak perlu ditinggalkan seorang diri di rumah pada siang hari kerana saya pergi ke latihan praktikal. Saya akan pulang seketika untuk menyediakan makan dan minum pada waktu tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Nik Mohd. Firdaus, dia akan menyediakan segala keperluan termasuk memandikan dan menukar lampin kakaknya pada setiap pagi sebelum meninggalkan kakaknya sendirian di rumah.

Katanya lagi, sebelum ini, kakaknya itu mempunyai kad OKU pernah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 selama lima tahun, namun bantuan itu sudah tidak diterima sejak tahun lalu selepas pihak JKM mengenal pasti beberapa masalah berkait dokumen pengenalan diri ibunya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI