fbpx

Selangor edar pelitup muka pakai semula pada pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama sembilan peniaga Selangor E-Bazar Raya hari ini

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Kira-kira sejuta pelitup muka pakai semula akan diagihkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah harian di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengagihan itu hasil keputusan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam membantu dan meringankan kos pembelian topeng oleh segelintir ibu bapa.

“Jumlah sebenar pelajar di Selangor daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum pelitup muka itu dijangka diedarkan selepas 1 Ogos ini.

“Kita akan cuba menyediakan keperluan tersebut kepada semua pelajar namun keutamaan diberikan kepada mereka daripada kelompok B40,” katanya pada sidang media dalam majlis pembentangan laporan kempen Selangor E-Bazar Raya di Bilik Gerakan Negeri sini hari ini.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak memberi bantuan kepada pelajar sekolah swasta kerana yakin pelajar golongan ini mampu membeli pelitup muka sendiri.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin menegaskan beliau sedang menunggu pelan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri ini susulan keputusan Kerajaan Persekutuan mewajibkan orang awam memakai pelitup muka di tempat awam, mulai 1 Ogos ini.

“Saya percaya kempen kesedaran perlu diperhebatkan kepada orang ramai sebelum tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI