fbpx

Rugi RM29,700 gara-gara nak ‘merasa’ Alphard RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintenden E. Sundra Rajan

MELAKA – Tindakan seorang jurutera yang kononnya ingin membeli kereta mewah jenis Alphard pada harga murah akhirnya memakan diri apabila rugi RM29,700 akibat ditipu scammer.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 38 tahun itu tertarik dengan iklan penjualan kereta didakwa dari Singapura itu di laman sosial Facebook.

Katanya, mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan berminat untuk membeli kereta jenis Alphard dengan harga cuma RM60,000.

“Mangsa telah berhubung dengan suspek dan diarahkan untuk membayar 10 peratus insuran dan cukai jalan dan jurutera itu telah membuat pembayaran berjumlah RM29,700 pada 9 Mac lalu.

“Pembayaran itu dimasukkan ke dalam lima akaun berbeza yang diberikan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, selepas membuat pembayaran tersebut, suspek bagaimanapun masih meminta mangsa memasukkan wang, namun lelaki itu tidak menurutinya.

“Mangsa juga tidak mendapat kenderaan seperti yang dijanjikan. Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak di sini, pada Jumaat lalu.

“Hasil semakan polis ke atas salah satu nombor akaun yang digunakan suspek mendapati ia bersangkut dengan tiga laporan polis yang menggunakan modus operandi sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Sundra berkata, sejak awal tahun ini, sebanyak 16 kes penipuan jualan kenderaan dalam talian telah direkodkan dengan nilai kerugian sebanyak RM147,649.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI