fbpx

SKMM buka 289 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuka 289 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan Covid-19 sehingga semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 115 kes masih dalam siasatan, 51 kes telah didakwa di mahkamah dan 12 kes diberi notis amaran.

“Bagi kes yang telah didakwa di mahkamah, sehingga kini 30 telah didapati bersalah manakala 20 lagi dalam proses perbicaraan, manakala satu kes didapati tidak bersalah.

“Pasukan Respon Pantas (PRP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga telah mengeluarkan sebanyak 432 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sekiranya terdapat sebarang berita yang diragui kesahihannya, orang ramai boleh menyemak atau menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan, seramai 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 30 dikompaun manakala lapan lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (17), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (12) serta tidak memakai pelitup muka (7)

“Kesalahan lain yang turut dikesan adalah premis beroperasi lebih masa dan tiada penjarakan fizikal iaitu masing-masing satu kes,” jelasnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI