fbpx

Pendaftaran vaksin di Kelantan masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merayu agar rakyat Kelantan tidak perlu mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan untuk mendaftar sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jelasnya, perkara itu dapat dibuktikan apabila individu yang mendaftar dalam PICK menerusi aplikasi MySejahtera dalam kalangan rakyat Kelantan dilihat kurang jumlahnya berbanding negeri lain.

“Saya masih tidak dapat angka sebenar jumlah rakyat Kelantan yang mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19. Tetapi, berdasarkan maklumat, jumlahnya kurang berbanding dengan negeri lain.

“Jadi, jangan tunggu dan lihat untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin Covid-19. Saya merayu kepada 1.2 juta orang rakyat Kelantan supaya mendaftar bagi menjalani suntikan vaksin bagi mencegah penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dalam program itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 bersama beberapa pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Ahmad berharap rakyat Kelantan segera mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menerima vaksin Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI