fbpx

Skandal seks Parlimen gegar kerajaan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUDUHAN salah laku seksual telah mencetuskan protes besar-besaran di Australia. - AFP

CANBERRA – Pentadbiran Perdana Menteri Australia, Scott Marisson berdepan masalah besar selepas beberapa video menunjukkan staf kerajaan melakukan aksi seks di Parlimen tersebar.

Beliau sebelum ini tertekan berhubung isu serangan seksual termasuk yang berlaku terhadap seorang penasihat kerajaan wanita yang disifatkan sebagai mengaibkan baru-baru ini.

Video dan gambar  memalukan itu didakwa dikongsi dalam ruang kumpulan sembang staf kerajaan sebelum dibocorkan seorang pengadu dan didedahkan akhbar The Australia dan stesen televisyen Channel 10, semalam.

Pengadu yang hanya dikenali sebagai Tom mendakwa, staf kerajaan dan anggota parlimen kerap  menggunakan ruang ibadat di Parlimen sebagai tempat melampiaskan nafsu selain mendedahkan pekerja seks turut dibawa masuk untuk tujuan tersebut.

Klip video itu menimbulkan kemarahan baharu wakil rakyat wanita dan rakyat Australia sehingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara.

Seorang pembantu telah dipecat serta-merta dan kerajaan berjanji akan mengambil tindakan lanjut berhubung isu tersebut.

Menteri Wanita, Marise Payne memberitahu media tempatan bahawa pendedahan terkini itu ‘sangat mengecewakan’ dan kerajaan perlu menyiasat budaya tempat kerja di Parlimen. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI