fbpx

Priyanka Chopra dikecam gara-gara komen menyanyi di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Priyanka mengakui mempelajari tiga agama iaitu Hindu, Kristian dan Islam. - AFP

HOLLYWOOD – Pelakon Priyanka Chopra dikecam oleh netizen gara-gara membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai Islam dalam satu temubual dengan Oprah Winfrey baru-baru ini, lapor laman berita Suara Jatim.

Dalam program bual bicara popular The Oprah Winfrey Show itu, isteri kepada Nick Jonas itu mengakui mempelajari tiga agama iaitu Hindu, Kristian dan Islam.

“Ayah saya pernah menyanyi di masjid dan saya tahu mengenai Islam,” ujarnya dalam temubual tersebut.

Kenyataan pelakon yang berasal dari Bollywood itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen beragama Islam yang membalas bahawa orang Islam tidak menyanyi di dalam masjid.

“Mereka tidak menyanyi di dalam masjid. Mereka membaca Al-Quran,” komen seorang netizen.

Sementara itu, para peminat pelakon berumur 38 tahun itu membela artis kesayangan mereka dengan mengatakan bahawa orang ramai telah menyalahtafsir kenyataannya.

Daripada temuramahnya, Priyanka mengakui bahawa dia beragama Hindu, namun turut menghargai agama lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI