fbpx

24 nelayan Vietnam ceroboh, curi hasil laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dinaiki nelayan terbabit yang berjaya ditahan APMM Zon Maritim Tanjung Sedili , semalam. /FOTO IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Cubaan nelayan Vietnam menyamar sebagai nelayan tempatan tidak berjaya apabila 24 nelayan disyaki dari negara itu berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili selepas menceroboh perairan negara, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, kesemua nelayan termasuk tekong berumur 21 hingga 60 tahun ditahan pada kedudukan lebih kurang 19 batu nautika timur laut Pulau Aur pada pukul 10.32 pagi.

Katanya, semasa menjalankan operasi pihaknya telah mengesan dua bot yang mencurigakan dan disyaki bot penangkapan ikan asing dengan mempamerkan ‘carving marking’ (tanda nama) seperti bot nelayan tempatan.

“Kedua-dua bot tersebut cuba melarikan diri daripada diperiksa apabila melihat kelibat APMM dan mereka dikejar namun berjaya dipintas sebelum ditahan.

“Semasa pemeriksaan, mendapati sebilangan kru serta tekong gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM6.4 juta termasuk kedua- dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan laut dan bahan bakar,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sulhan berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan diperairan Malaysia tanpa kebenaran sah dari Pengarah Perikanan Malaysia.

Jika disabitkan kesalahan tekong boleh dikenakan denda RM6 juta manakala awak-awak boleh dikenakan denda RM600,000 setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya serta kedua-dua bot berserta peralatannya boleh dilucuthak.

Tambahnya, kes juga akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6 (1)(c) yang boleh membawa kepada denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI